Pusat Borong Dibuka SETIAP HARI bermula pukul 10.00 pagi - 6.00 ptg di Cawangan-cawangan di KL --- No. 5G, Jalan Pandan Indah 6/1, Pandan Indah, Kuala Lumpur (017-251 7515 / 03-4288 0423)------ PENANG --- G-12-A, Medan Perniagaan Pauh Jaya, Jalan Besar, Seberang Prai, Penang (04-3838647)
Welcome visitor you can login or create an account.
Shopping Cart
0 item(s) - RM0.00
Your shopping cart is empty!

Selamat Datang ke Pusatborong.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Ini adalah mesej dan artikel blog pertama yang kami siarkan dalam blog ini. 

Pertama sekali, kami bersyukur kepada Allah dan kami berterima kasih kepada anda atas sokongan yang diberikan walaupun pusatborong.com ini. 

Kami menerima pesanan bertubi-tubi bermula daripada Januari 2014, walaupun kami belum pun membuka website ini kepada umum. 

Kami sangat terhutang budi kepada anda dan kami akan cuba membuat yang terbaik. 

Tujuan portal ini adalah bagi memberi peluang kepada usahawan, bakal usahawan atau mereka yang ingin membuat pendapatan sampingan sambil bekerja, untuk mendapatkan barangan dengan kos yang rendah. 

Sebelum kami meletakan barangan kami di portal ini, kami cuba dapatkan barang ini dengan harga sebaik mungkin daripada negara sumber samada dari China, India atau Indonesia. Selepas dari itu, kami melihat samada barangan ini boleh dijual oleh anda di Malaysia. Jika ia benar-benar menguntungkan bagi anda, barulah kami mengambil keputusan untuk mengimportnya. 

Hasilnya, anda mempunyai koleksi barangan yang mempunyai permintaan tinggi dengan harga yang rendah. Kami menjangkakan anda boleh membuat keuntungan sekurang-kurangnya 30% hingga 200% bagi setiap barangan yang anda lihat di website ini. 

Selain itu, kami juga berusaha untuk menurunkan MOQ (Minimum Order Quantity) supaya modal permulaan yang anda bakal keluarkan ini akan rendah dan tidak membebankan. Dengan MOQ yang rendah, maka 'market entry' akan menjadi lebih mudah untuk anda. Ini juga membuka peluang lebih besar kepada lebih ramai untuk menjadi usahawan part time. 

Dari pihak kami pula, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan bilangan produk. Sekarang kami mempunyai kira-kira 150 jenis produk dan kami jangkakan dalam tahun 2014 ini, kami akan cuba tingkatkan sehingga 1000 produk dan menjelang tahun 2020 kami jangkakan kami akan mempunyai 30,000 jenis produk jualan dalam pelbagai 'niche' seperti bidang sukan, masakan, music, automotif, makanan halal, pakaian, bayi dan kanak-kanak, hardware, kosmetik dan pelbagai bidang lain. 

Kami perlukan sokongan anda semua untuk menjadi portal borong yang terbaik di Malaysia. Insya-Allah

Sekian, terima kasih 

Shahabudeen Jalil dan Mohamed Firdous
Pengarah,

Anzac Consultancy. 


0 Comments To "Selamat Datang ke Pusatborong.com "

Write a comment

Your Name:


Your Comment: Note: HTML is not translated!

Enter the code in the box below: