Pusat Borong Dibuka SETIAP HARI bermula pukul 10.00 pagi - 10.00 mlm di Cawangan-cawangan di KL --- No. 5G, Jalan Pandan Indah 6/1, Pandan Indah, Kuala Lumpur (017-251 7515 / 03-4280 7515)------ PENANG --- G-12-A, Medan Perniagaan Pauh Jaya, Jalan Besar, Seberang Prai, Penang (017-4741606)
Welcome visitor you can login or create an account.
Shopping Cart
0 item(s) - RM0.00
Your shopping cart is empty!

Terms & Conditions

Di halaman ini, termasuk dalam dokumen yang terkandung dalamnya, menerangkan terma dan syarat (Terma dan Syarat ini) di mana kami membekalkan mana-mana produk (setiap Produk) yang disenaraikan dalam laman web kami www.pusatborong.com (selepas ini dirujuk sebagai "laman web ini") kepada anda. Sila baca baca terma dan syarat ini dengan teliti sebelum membuat sebarang tempahan bagi mana-mana Produk dari laman web ini. Anda perlu maklum bahawa dengan menempah mana-mana Produk kami, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini. Anda perlu mencetak Terma dan Syarat ini sebagai rujukan.

 

1. Pengenalan

1.1 Kami adalah Anzac Consultancy , 91A, Tingkat 1, Lorong Mamanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000, Ampang Selangor berniaga sebagai www.pusatborong.com dan anak syarikat, syarikat bersekutu dan pegawai-pegawai kecuali dinyatakan sebaliknya. 

1.2 Terma dan Syarat ini mengawal bekalan mana-mana Produk dari kami yang ditempah oleh anda di laman web ini. Dengan bersetuju untuk membuat tempahan ke atas Produk, anda bersetuju untuk terikat dengan undang-undang berdasarkan Terma dan Syarat ini. 

1.3 Dalam Terma dan Syarat ini: 

a) "Akaun" bemaksud akaun yang perlu anda daftar bagi laman web ini jika anda mahu membuat Tempahan di laman web ini; 

b) "Pengakuan" bermaksud pengakuan kami terhadap tempahan anda melalui emel; 

c) "Pelanggaran Tanggungjawab" mempunyai maksud yang diberikan padanya di dalam klausa 10.11(b) dalam Terma dan Syarat ini; 

d) "Hari Bekerja" bermaksud hari di mana ianya bukan (i) hari Sabtu atau Ahad, dan bukan (ii) hari cuti umum di mana-mana di Malaysia; 

e) "Pengesahan Tempahan" bermaksud emel kami kepada anda, di mana kami menerima Tempahan anda menurut fasal 4.9 di bawah; 

f) "Kontrak" bermaksud Tempahan bagi Produk atau Produk-Produk menurut Terma dan Syarat ini yang kami terima menurut fasal 4.9 di bawah; 

g) "Pelanggan" bermaksud individu yang membuat tempahan di laman web ini; 

h)"Liabiliti" mempunyai maksud yang diberikan padanya di dalam fasal 10.11(a) dalam Terma dan Syarat ini; 

i)"Tempahan" bermaksud tempahan yang dibuat oleh anda di laman web ini untuk membuat pembelian bagi Produk dari kami; 

j)"kamu" bermaksud Pelanggan yang membuat Tempahan; 



l) tajuk adalah untuk memudahkan rujukan sahaja dan tidak menjejaskan tafsiran Terma dan Syarat ini; 

m) perkataan yang menyampaikan kata tunggal akan termasuk kata majmuk dan sebaliknya. Perkataan yang menyampaikan mana-mana jantina akan termasuk setiap jantina dan sebutan terhadap seseorang yang termasuk individu, syarikat, perbadanan, firma atau perkongsian; 

n) sebutan untuk "termasuk" atau seperti kata-kata atau ekspresi boleh bermaksud tanpa batasan. 

1.4 Terma dan Syarat ini adalah hak cipta harta intelek kami. Penggunaannya oleh pihak ketiga - walaupun hanya ekstrak - untuk kegunaan tujuan komersial bagi menawarkan barangan dan/atau perkhidmatan - adalah tidak dibenarkan. Pelanggaran ini mungkin tertakluk kepada tindakan undang-undang. 

2. Status Anda

Untuk membuat tempahan dengan PUSATBORONG, anda perlu berumur 18 tahun ke atas dan memiliki kad kredit atau debit sah yang dikeluarkan oleh bank yang kami terima. 

3. Kesan

3.1 Terma dan Syarat ini tertakluk kepada semua Tempahan dan Kontrak yang dibuat atau yang akan dibuat oleh kami bagi penjualan dan pembekalan Produk. Apabila anda membuat Tempahan kepada kami, beri sebarang arahan penghantaran atau terima penghantaran Produk tersebut, ini boleh dalam apa jua keadaan menunjukkan persetujuan anda terhadap Terma dan Syarat ini. Tiada apa dalam Terma dan Syarat ini akan memberi kesan kepada hak statutori anda (temasuk hak untuk menegaskan bahawa barangan yang anda beli dari peniaga seharusnya sesuai dengan huraian yang diberi, sama ada sesuai untuk kegunaannya dan kualiti yang memuaskan). 

3.2 Terma dan Syarat ini akan diguna pakai bagi mana-mana terma berasingan yang dikemukakan oleh anda. Sebarang syarat yang anda kemukakan, cadangkan atau tetapkan dalam apa jua bentuk dan pada bila-bila masa, sama ada dalam penulisan, melalui emel atau sebutan, akan diabaikan dan dikecualikan. 

3.3 Tiada terma atau pindaan yang dibuat ke atas Terma dan Syarat ini akan terikat melainkan dipersetujui dalam penulisan yang ditandatangani oleh kami. 

4. Bagaimana Kontrak dibentuk

4.1 Apabila sedang membuat Tempahan, anda perlu mendaftar untuk membuat Akaun di laman web ini seperti yang dinyatakan dalam fasal 10, dan anda perlu ikut arahan yang terdapat pada laman web ini tentang bagaimana untuk membuat Tempahan anda dan untuk membuat perubahan kepada Tempahan yang bakal anda buat sebelum mengemukakan Tempahan tersebut ke laman web ini. 

4.2 Tanpa mengambil kira sebarang harga terdahulu yang mungkin pernah lihat atau dengar, setelah anda memilih Produk dan ingin membuat Tempahan, anda akan ditunjukkan atau diberitahu (di laman web ini) tentang caj yang perlu dibayar termasuk cukai, jika dikenakan, dan sebarang caj penghantaran yang dikenakan. Melainkan dinyatakan sebaliknya di laman web ini, setiap caj adalah dalam mata wang dikuat kuasakan di Malaysia. Tertakluk kepada fasal 4.11 di bawah, ini adalah jumlah yang akan anda bayar untuk resit bagi Produk yang ditempah.

4.3 Anda akan membuat pembayaran untuk Produk tersebut secara penuh ketika membut tempahan dengan memberi butiran kad kredit atau debit anda atau dari syarikat kad kredit atau debit yang kami terima atau dari Paypal, yang mana kami perlukan untuk memproses Tempahan anda. Sebagai altenatif, anda boleh membayar melalui kaedah yang kami nyatakan boleh kami terima, tetapi dalam apa jua keadaan, kami tidak terikat untuk membekal sebelum menerima jumlah pembayaran penuh. Pembayaran anda akan diterima oleh agen kami, iPay88 Sdn Bhd, Suite 2A-18-2, 18th Floor, Block 2A, Plaza Sentral,Jalan Stesen Sentral 5, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia, syarikat yang didaftarkan di Malaysia. Bergantung kepada hasil pemeriksaan kredit kami mempunyai hak untuk tidak menawarkan sebarang bentuk pembayaran dan merujuk anda kepada bentuk pembayaran kami yang lain.

4.4 Jika anda diminta untuk memberikan butiran kad pembayaran, anda perlu mempunyai hak sepenuhnya untuk menggunakan kad atau akaun tersebut. Kad atau akaun tersebut perlu mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung pembayaran yang dicadangkan kepada kami.

4.5 Anda melengkapkan semua butiran yang anda beri kepada kami sebagai tujuan untuk membeli Produk kami adalah betul, bahawa kad kredit atau debit, atau akaun atau kaedah pembayaran lain yang anda gunakan adalah milik anda dan terdapat dana yang mencukupi dan kemudahan kredit untuk menampung kos Produk tersebut. Kami mempunyai hak untuk mendapatkan pengesahan butiran pembayaran anda sebelum memberikan anda Produk tersebut.

4.6 Apabila anda menghantar Tempahan ke laman web ini, anda bersetuju bahawa anda terikat kepada Terma dan Syarat yang terkini pada tarikh anda menghantar Tempahan anda. Anda bertanggungjawab untuk menyemak Terma dan Syarat yang terkini setiap kali anda menghantar Tempahan anda.

4.7 Tempahan anda kekal sah sebagai tawaran sehingga sehingga kami mengeluarkan Pengesahan Tempahan kami atau, jika pada awalnya, apabila kami menerima notis tarik balik Tempahan yang anda beri.

4.8 Kami tidak akan bertanggungjawab untuk membekalkan Produk kepada anda sehingga kami telah menerima Tempahan anda. Melainkan jelas menyatakan bahawa kami menerima tempahan, emel, surat, faks atau Perakuan lain untuk Tempahan anda oleh kami hanyalah untuk tujuan maklumat semata-mata dan tidak merangkumi Pengesahan Tempahan. Dalam Pengakuan tersebut, kami mungkin memberikan anda nombor rujukan Tempahan dan butiran Produk yang telah anda tempah. Kami mungkin menurut budi bicara kami enggan menerima Tempahan dari anda menurut sebarang sebab, termasuk ketiadaan bekalan atau kami mungkin akan menawarkan anda Produk alternatif (di mana kami mungkin memerlukan anda untuk menghantar semula Tempahan anda).

4.9 Kontrak akan dibentuk dan kami akan terikat dengan undang-undang untuk membekalkan Produk tersebut kepada anda setelah kami menerima Tempahan anda. Penerimaan akan diambil kira setelah kami menerima Tempahan anda dalam emel kepada anda, dalam bentuk dokumen yang dikenali sebagai "Pengesahan Tempahan" yang menyatakan bahawa kami menerima Tempahan anda. Pengesahan Tempahan kami akan mula berkuat kuasa apabila ianya dihantar oleh kami. Tanpa memberi kesan tehadap tanggungjawab anda untuk membayar kami lebih awal, kami mungkin akan menghantar invois kepada anda pada bila-bila masa selepas menerima Tempahan anda, kami berhak untuk menolak proses Tempahan anda dan anda berhak untuk membatalkan Tempahan anda. Jika kami atau anda telah membatalkan tempahan anda sebelum kami menerimanya, kami akan memberikan pulangan dengan segera bagi pembayaran yang telah dibuat oleh anda atau syarikat kad kredit atau debit anda kepada kami bagi tempahan Produk tersebut.

4.10 Jika anda dapati bahawa anda telah membuat kesilapan pada Tempahan anda yang telah anda hantar ke laman web ini, sila hubungi pusatborong.com@gmail.com secepat mungkin. Bagaimanapun, kami tidak menjamin bahawa kami mampu memperbetulkan Tempahan anda menurut arahan anda.

4.11 Kami cuba sedaya upaya untuk memastikan harga yang diberikan kepada anda adalah tepat, tetapi harga untuk Tempahan anda perlu disahkan oleh kami sebagai sebahagian daripada prosedur penerimaan kami. Jika harga bagi Produk tersebut berubah sebelum kami menerima Tempahan anda, kami akan menghubungi anda dan meminta anda untuk mengesahkan bahawa anda mahu teruskan dengan harga yang telah diubah.

4.12 Kontrak hanya akan berkait dengan Produk di mana penghantarannya telah disahkan oleh kami dalam Pengesahan Tempahan. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk membekalkan sebarang Produk lain yang mungkin terdapat dalam Tempahan anda sehingga kami telah menghantar Pengesahan Tempahan yang berkaitan dengan Produk tersebut.

4.13 Anda perlu hanya menghantar kepada kami atau agen kami atau maklumat laman web ini di mana ia perlu tepat dan tidak mengelirukan dan anda perlu selalu melakukan kemaskini dan memberitahu kami tentang sebarang perubahan.

5. Penghantaran

5.1 Kami menyasarkan untuk menghantar Produk kepada anda di tempat penghantaran yang diminta oleh anda di dalam Tempahan anda.

5.2 Kami menyasarkan untuk membuat penghantaran menurut tempoh yang kami nyatakan ketika anda membuat Tempahan (dan dikemaskini di dalam Pengesahan Tempahan) tetapi kami tidak boleh membuat sebarang janji untuk tarikh yang tetap apabila anda memasukkan Tempahan atau di Pengesahan Tempahan. Kami sering menyasarkan untuk membuat penghantaran dalam tempoh yang telah dinyatakan dalam mana-mana Tempahan, di mana kami terima tetapi kami tidak boleh membuat jaminan untuk tarikh penghantaran yang tetap.

5.3 Kami akan menyasarkan untuk memberitahu anda jika kami jangkakan bahawa kami tidak dapat membuat penghantaran menurut anggaran tarikh penghantaran kami, tetapi, setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak akan bertanggungjawab untuk anda bagi sebarang kerugian, liabiliti, kos, kerosakan, caj atau perbelanjaan yang berpunca daripada penghantaran lambat.

5.4 Semasa penghantaran Produk, anda mungkin diminta untuk menandatangani penghantaran tersebut. Anda bersetuju untuk memeriksa Produk tersebut untuk sebarang kesilapan, kecacatan atau kerosakan yang jelas sebelum anda menandatangani penghantaran tersebut. Anda perlu simpan resit Produk yang dihantar sekiranya anda perlu berbincang dengan kami di masa akan datang berkenaan dengannya.

5.5 Harap maklum bahawa kami tidak mungkin dapat membuat penghantaran di beberapa lokasi. Jika hal ini berlaku, kami akan memaklumkan perkara ini kepada anda melalui butir hubungan yang anda berikan kepada kami apabila anda membuat Tempahan dan aturkan pembatalan Tempahan atau buat penghantaran ke alamat penghantaran alternatif.

5.6 Kami menghantar dengan menggunakan pembungkusan standart kami. Sebarang pembungkusan istimewa diminta oleh anda tertakluk kepada caj tambahan.

5.7 Segala risiko Produk akan dipindahkan kepada anda setelah penghantaran dibuat, melainkan, penghantaran ditangguhkan akibat daripada pelanggaran tanggungjawab anda di bawah Kontrak, risiko akan dipindahkan pada tarikh apabila penghantaran berlaku tetapi bukan pelanggaran anda. Apabila ianya dipindahkan kepada anda, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian atau kemusnahan Produk tersebut.

5.8 Anda perlu berhati-hati ketika membuka Produk tersebut supaya anda tidak menyebabkan sebarang kerosakan, terutamanya jika menggunakan alatan yang tajam.

5.9 Anda akan memastikan supaya anda bersedia untuk selamat simpan Produk tersebut tanpa berlengah dan pada bila-bila masa yang dinyatakan oleh kami.

5.10 Jika anda tidak dapat mengambil atau memungut penghantaran, kami mungkin akan meninggalkan kad yang mempunyai arahan sama ada untuk membuat penghantaran semula atau membuat pungutan dari kurier.

5.11 Jika penghantaran atau pungutan ditangguhkan disebabkan oleh keengganan yang tidak munasabah oleh anda dari menerima penghantaran atau anda tidak (dalam tempoh dua minggu bagi cubaan pertama kami untuk menghantar Produk tersebut kepada anda) menerima penghantaran atau memungut Produk dari kurier, kami boleh (tanpa memberi kesan terhadap sebarang hak atau remedi bagi kami) berbuat sama ada atau kedua-dua yang berikut:

a) caj anda dengan yuran penyimpanan dan kos lain yang munasabah yang kami kenakan; atau

b) tidak lagi menyediakan Produk tersebut untuk penghantaran atau pungutan dan memaklumkan kepada anda bahawa kami membatalkan Kontrak berkenaan dengan segera, di mana kami akan melakukan pulangan kepada anda atau kepada syarikat kad kredit atau debit sebagaimana jumlah wang yang telah dibayar kepada kami di bawah Kontrak yang berkenaan, setelah menolak caj pengurusan kami yang munasabah (termasuk cubaan bagi penghantaran dan pemulangan Produk, dan mana-mana caj penyimpanan seperti yang diperuntukkan dalam fasal 5.11(a) di atas).

5.12 Adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa Produk adalah memadai dan sesuai untuk kegunaan anda serta memenuhi keperluan persendirian anda. Kami tidak menjamin bahawa Produk tersebut akan memenuhi keperluan persendirian anda. Anda memperakui bahawa Produk tersebut adalah standart dan pesanan anda tidak ditempah untuk memenuhi mana-mana keperluan anda.

6. Pembatalan

6.1 Kami boleh membatalkan Kontrak jika Produk sudah tiada atas sebarang sebab. Kami akan memaklumkan anda tentang perkara ini dan memulangkan sebarang pembayaran yang telah anda buat.

6.2 Kami selalunya akan membuat pulangan bagi mana-mana wang yang diterima daripada anda dengan menggunakan kaedah asal anda ketika anda membuat pembayaran bagi Produk.

7. Pembatalan oleh Pelanggan (Produk Tidak Rosak)

Jika anda mahu membatalkan tempahan anda sila hubungi Pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui emel. Tiada caj dikenakan untuk pembatalan. Setelah tempahan dihantar ianya tidak boleh dibatalkan. Sebaliknya, ia perlu dihantar semula kepada syarikat menurut langkah yang disediakan oleh jabatan khidmat pelanggan (Sila hubungi nombor talian yang dinyatakan di atas atau rujuk slip-pemulangan yang disediakan pada bungkusan yang anda terima).

8. Kerosakan Barangan

8.1 Kami menjamin bahawa:

a) Produk yang akan dihantar tidak rosak menurut kuantiti yang ditempah; dan

b) Produk tersebut akan mematuhi arahan terkini yang diterbitkan oleh pengeluar seperti yang dinyatakan di laman web kami atau dalam bahan Produk kami ketika anda membuat Tempahan.

8.2 Produk seharusnya digunakan hanya menurut arahan terkini yang diterbitkan oleh pengeluar seperti yang dinyatakan di laman web kami atau sepeti yang kelihatan pada produk itu sendiri. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penggunaan Produk tersebut hanya mengikut arahan tersebut.

8.3 Sebelum penghantaran, kami mungkin membuat beberapa penyesuaian kecil kepada bahan, warna, berat, ukuran, rekaan dan ciri lain yang munasabah.

8.4 Kami gigih berusaha untuk menghantar Produk dalam keadaan yang sangat baik. Bagaimanapun, jika anda memaklumkan kepada kami bahawa Produk tersebut rosak, anda bersetuju untuk menyimpan Produk tersebut dalam keadaan asal untuk diperiksa oleh kami (agen kami) dalam tempoh yang munasabah.

8.5 Untuk memberikan anda mana-mana remedi terbaik bagi Produk rosak, kami mungkin memerlukan bantuan anda dan penyediaan segera bagi maklumat tertentu berkenaan dengan Produk, termasuk:

a) anda menyatakan maklumat munasabah seperti yang didakwa bahawa Produk tersebut rosak atau cacat; dan

b) anda perlu memberikan kami nombor nota penghantaran serta maklumat lain yang kami perlukan secara munasabah.

8.6 Jika anda mahu kami untuk membaiki, menggantikan atau memberi pulangan terhadap Produk yang selaras dengan Kontrak tersebut, kami dapati bahawa Produk tersebut telah:

a) disalahguna, atau tertakluk kepada pengabaian, penjagaan tidak betul atau kurang memadai, kecuaian, rosak atau keadaan luar biasa; pecah semasa proses penghantaran oleh kurier penghantar atau

b) terlibat dalam mana-mana kemalangan atau kerosakan yang disebabkan oleh cubaan yang salah ketika pengubahsuaian atau pembaikan; atau

c) diuruskan atau digunakan bertentangan dengan arahan pengeluar bagi Produk tersebut; atau

d) lusuh setelah selalu dipakai, selepas kami melakukan penghantaran, kami boleh menurut budi bicara kami, berkeputusan untuk tidak membaiki, mengganti atau memberi anda pulangan untuk Produk tersebut dan/atau kami mungkin memerlukan anda untuk membayar semua kos pengangkutan dan kos servis yang munasabah menurut standart terkini bagi yuran, kos dan akan dicaj ke dalam kad kredit atau debit anda, atau butiran pembayaran yang anda berikan kepada kami apabila anda membuat tempahan, dan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas anda bagi sebarang kerugian, liabiliti, kos, kerosakan, caj atau perbelanjaan yang timbul.

9. Baucar

9.1 Anda boleh menggunakan baucar promosi dan baucar hadiah sebagai pembayaran untuk Produk di laman web ini. Butiran spesifik bagi baucar promosi dinyatakan di fasal 9.8 dan bagi baucar hadiah di fasal 9.9.

9.2 Untuk penebusan baucar di Akaun anda atau semakan kredit yang sedia ada, sila lawati "Akaun Pengguna Saya" di laman web ini.

9.3 Kami mungkin akan menghantar emel baucar hadiah dan promosi kepada anda. Tertakluk kepada fasal 11.2, kami tidak bertanggungjawab terhadap kesilapan pada alamat emel pemegang baucar.

9.4 Jika anda mempunyai baucar hadiah atau promosi, baucar tersebut boleh digunakan oleh orang selain diri anda dan anda berhak untuk menggunakan baucar tersebut.

9.5 Sekiranya berlaku penipuan, cubaan untuk memperdaya atau sekiranya berlaku aktiviti haram yang disyaki berkenaan dengan pembelian baucar hadiah atau penebusan baucar tersebut di laman web ini, kami berhak untuk menutup Akaun anda dan/atau menghendaki pembayaran kaedah lain.

9.7 Kami tidak bertanggungjawab ke atas liabiliti kerugian tersebut, kecurian atau ketiadaan baucar hadiah atau promosi.

9.8 Syarat bagi penebusan baucar promosi

a) Dari semasa ke semasa kami akan mengeluarkan baucar promosi yang boleh digunakan di laman web ini, yang akan kami hantarkan kepada anda melalui emel. Baucar promosi hanya boleh ditebus di laman web ini.

b) Baucar promosi adalah sah bagi tempoh yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam baucar tersebut, hanya boleh ditebus sekali dan tidak boleh digunakan bersama-sama dengan baucar promosi lain. Jenama individu mungkin dikecualikan daripada baucar promosi.

c) Kredit bagi baucar promosi tidak boleh digunakan untuk pembayaran produk dari pihak ketiga selain kami.

d) jika anda membuat Tempahan bagi Produk yang mempunyai nilai yang kurang daripada baucar promosi, tiada pemulangan atau kredit lebihan akan dipulangkan kepada anda.

e) Kredit bagi baucar promosi tiada faedah terakru dan tiada nilai wang.

f) jika kredit baucar promosi tidak mencukupi bagi Tempahan yang ingin anda lakukan, anda boleh melengkapkan baki melalui pembayaran.

9.9 Syarat bagi penebusan baucar hadiah

a) Anda boleh membeli baucar hadiah untuk kegunaan di laman web ini oleh diri anda sendiri atau Pelanggan lain. Baucar hadiah akan dihantar melalui emel.

b) Baucar hadiah tidak boleh digunakan untuk membeli baucar hadiah yang seterusnya. Baucar hadiah hanya boleh dibeli melalui kad debit dan kredit.

c) Kredit bagi baucar hadiah tiada faedah terakru dan tiada nilai wang.

d) Tempahan bagi baucar hadiah bolelh dibatalkan apabila anda menghubungi kami melalui emel pada bila-bila masa sebelum baucar hadiah tersebut ditebus. Baucar dianggap telah ditebus jika ia digunakan sebagai pembayaran apabila membuat Tempahan.

e) Jika kredit baucar hadiah tidak mencukupi bagi Tempahan yang ingin anda lakukan, anda boleh melengkapkan baki melalui pembayaran.

f) Anda boleh menggunakan baucar hadiah sebanyak mana yang anda mahu sebagai pembayaran Tempahan, dan baucar hadiah boleh digunakan bersama satu baucar promosi bagi satu-satu tempahan.

10. Pemulangan & Pertukaran Barangan

Sebarang pemulangan dan pertukaran barangan boleh dibuat dengan mengikut terma dan syarat dari syarikat kami. Barangan selain pakaian dalam, bikini, seluar wanita, suit mandi kanak-kanak, seluar renang lelaki dan subang boleh dipulangkan jika masih belum dipakai, diubah atau dibasuh.

 

a) Setiap barangan perlu dipulangkan dalam keadaan asal dengan tanda yang masih terpasang. Kasut perlu dipulangkan dalam pakej asal termasuk kotak yang tidak rosak.

b) Kami tidak boleh menerima pemulangan tanpa kotak atau dengan sol yang calar dan/atau kotor.

c) Pertukaran barang untuk item yang rosak hanya boleh dibuat jika item itu didapati rosak atau tidak berfungsi seperti yang dinyatakan di dalam web kami pada masa penggunaan pertama (First Time Attempt) sahaja.

d) Hanya pemulangan melalui khidmat kurier adalah diterima, kerana kami tidak menerima sebarang penghantaran secara persendirian.

e) Kos penghantaran untuk kurier barang daripada pelangan adalah dibawah tanggungan pelangan dan tidak boleh dituntut kos penghantaran barang rosak/tidak berfungsi.

f) Penghantaran semula barangan ganti, atau pengeposan semula kepada pelangan akan dibuat oleh pihak kami dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan barang rosak/tidak berfungsi. Kos pengeposan gentian barang ini adalah dibawah tanggungan pihak kami.

g) Tuntutan kos penghantaran kurier atas kesilapan kami menghantar barang yang salah boleh diajukan melalui e-mail kepada kami, dan jumlah tersebut hanya boleh diguna pakai untuk pembelian seterusnya, yakni dianggap sebagai kredit stor dalam bentuk baucar belian di laman web kami (sah bagi tempoh 365 hari dari hari pemulangan).

Kredit stor boleh digunakan untuk membuat pembelian pada masa akan datang melalui laman web kami. Sekiranya kami menghantar barangan yang salah kepada anda atau barangan tersebut didapati rosak, kami akan menghantar barangan ganti kepada anda. Jika barangan tersebut kehabisan stok, kami akan mengeluarkan pulangan wang.

11. Had Tanggungjawab

Fasal 10 ini mengatasi semua fasal lain dan menetapkan semua Liabiliti kami, dan remedi ekslusif tunggal anda, bagi:

 

a) prestasi, bukan-prestasi, rupa prestasi atau penangguhan dalam prestasi bagi Terma dan Syarat ini atau Kontrak atau laman web ini (atau mana-mana); atau

b) selain yang berhubung dengan Terma dan Syarat ini atau kemasukan atau prestasi Terma dan Syarat ini.

12. Pengurusan jaminan dan aduan

12.1 Kami akan melaksanakan tanggungjawab kami di bawah Terma dan Syarat ini dengan penuh mahir dan berhemah secara munasabah.

12.2 Kami meletakkan nilai yang tinggi bagi kepuasan pelanggan, Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa melalui butiran hubungan yang diberi dalam fasal 1.1 Terma dan Syarat ini. Kami akan cuba untuk membantu anda secepat mungkin dan akan menghubungi anda berkenaan dengan mana-mana pertanyaan atau aduan relevan yang dibuat, dan juga mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menyelesaikan pertanyaan atau aduan. Bagi kes jaminan, pengeluar selalunya perlu terlibat, dan juga mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menyelesaikan pertanyaan atau aduan.

12.3 Dalam menerima aduan, ia dapat membantu kami jika anda boleh menjelaskan objektif aduan anda setepat yang mungkin dan, mana yang berkenaan, hantarkan kepada kami cetakan Tempahan yang dibuat atau sekurang-kurangnya nombor tempahan yang kami berikan kepada anda di Pengakuan atau Pengesahan Tempahan. Sekiranya anda masih belum menerima sebarang respon dari kami dalam tempoh lima Hari Bekerja, sila buat pertanyaan lanjut. Sekiranya dalam kes yang jarang berlaku di mana emel anda mungkin dimasukkan ke dalam penapis spam kami atau tidak sampai kepada kami, atau surat-menyurat yang kami hantar kepada anda mungkin tidak sampai kepada anda.

13. Perlindungan data

Sila rujuk Polisi Privasi kami, yang membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat ini.

14. Situasi luar kawalan (fasal Force Majeure)

14.1 Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas anda bagi sebarang pelanggaran, halangan, atau kelewatan bagi prestasi sesebuah Kontrak yang disebabkan oleh sebarang sebab di luar kawalan munasabah kami, termasuk tanpa had sebarang kejadian bencana alam dan insiden yang tidak boleh dielakkan, tindakan pihak ketiga (temasuk tanpa had penggodam, pembekal, kerajaan, separa kerajaan, supranasional atau pihak berkuasa tempatan), pemberontakan, rusuhan, kekecohan awam, peperangan, permusuhan, operasi ketenteraan, darurat, pengganas, lanun, penangkapan, sekatan atau penahanan oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten, mogok atau gabungan atau penguncian-keluar pekerja, wabak, kebakaran, letupan, ribut, banjir, kemarau, keadaan cuaca, gempa bumi, bencana alam, kemalangan, kerosakan mekanikal, perisian pihak ketiga, kegagalan atau masalah dengan bekalan kemudahan awam (termasuk kegagalan elektrik, telekomunikasi atau Internet), kekurangan atau ketidakupayaan untuk mendapatkan bekalan, bahan, alatan atau pengangkutan ("Force Majeure"), tidak kira sama ada keadaan yang dipersoalkan telah dijangkakan.

14.2 Jika anda atau kami boleh menamatkan Kontrak dengan serta-merta melalui notis bertulis kepada yang lain sekiranya Force Majeure berlaku berlangsung sehingga tempoh dua Hari Bekerja atau lebih, di mana anda dan kami tidak akan bertanggungjawab kepada yang lain bagi penamatan tersebut (melainkan untuk pemulangan terhadap Produk yang telah anda bayar dan tidak dihantar).

14.3 Jika kami telah membuat kontrak untuk menyediakan Produk yang sama atau hampir sama kepada lebih daripada satu Pelanggan dan dicegah daripada memenuhi tanggungjawab kami kepada anda disebabkan oleh Force Majeure, kami boleh membuat keputusan menurut budi bicara kami yang menentukan sejauh mana akan kami lakukan.

15. Notis

15.1Sebarang notis di bawah Kontrak adalah secara bertulis dan akan disampaikan secara penghantaran persendirian atau oleh prabayar atau surat rekod penghantaran atau melalui emel yang dialamatkan kepada pihak yang relevan di alamat atau alamat emel terakhir pihak yang releven yang diketahui kepada yang lain

15.2 Sebarang notis yang disampaikan melalui pos akan dianggap telah disampaikan selama dua Hari Bekerja setelah yang sama telah dipos jika alamat penerima berada dalam negara. Sebarang notis yang dihantar melalui emel akan dianggap sebagai telah disampaikan setelah emel telah dibuktikan diterima oleh server penerima. Bagi memberikan perkhidmatan tersebut, adalah mencukupi untuk membuktikan bahawa surat atau emel telah dihantar ke alamat yang betul dan, menurut yang berkenaan, diposkan sebagai prabayar atau surat rekod penghantaran atau dihantar atau penerimaan laporan penghantaran.

16. Pengiklanan di laman web ini

Kami akan berusaha dengan munasabah untuk mematuhi mana-mana peraturan relevan yang berkaitan dengan laman web ini seperti yang diterbitkan oleh Pihak Berkuasa Pengiklanan Standard Pengiklanan.

 

17. Umum

17.1 Kami akan menyimpan rekod Tempahan anda dan Terma dan Syarat ini sehingga enam tahun selepas kami menerima Tempahan anda. Bagaimanapun, sebagai rujukan anda bagi masa akan datang, kami menyarankan anda supaya mencetak dan simpan Terma dan Syarat, Tempahan anda, Pengakuan dan Pengesahan Tempahan.

17.2 Tiada kegagalan atau kelewatan oleh kami atau anda dalam melaksanakan apa-apa hak di bawah Terma dan Syarat ini atau Kontrak akan berfungsi sebagai pengecualian hak atau lanjutan kepada atau memberi kesan terhadap mana-mana kejadian berikutnya atau menjejaskan apa-apa hak atau remedi berkenaan dengannya atau dengan cara apa pun meminda atau mengurangkan hak kami atau anda di bawah Terma dan Syarat atau Kontrak.

17.3 Jika mana-mana fasal di bawah Terma dan Syarat ini atau Kontrak akan menjadi atau akan diisytiharkan oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten untuk menjadi tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan ini tidak akan memberi kesan kepada fasal lain atau mana-mana bahagian fasal, di mana semuanya akan terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya , selagi Terma dan Syarat ini atau Kontrak akan mampu berkuatkuasa tanpa terma tidak boleh dikuatkuasakan.

17.4 Anda tidak akan memberi, memindah, meminda, caj, sub-kontrak, mewujudkan sebarang saham atau perjanjian dengan apa jua cara lain dengan Terma dan Syarat ini dan Kontrak atau semua atau mana-mana hak anda atau tanggungjawab di bawah Terma dan Syarat ini atau Kontrak.

17.5 Tiada apa dalam Terma dan Syarat ini atau Kontrak akan mewujudkan atau dianggap untuk mewujudkan perkongsian, sebuah agensi atau hubungan antara majikan dan pekerja antara anda dengan kami.

17.6 Tiada individu yang tidak berpihak kepada Terma dan Syarat ini atau Kontrak akan mendapat hak di bawahnya atau berhak untuk mendapat manfaat dari mana-mana terma di dalamnya walaupun individu tersebut telah bergantung kepada terma tersebut atau telah menunjukkan kepada pihak lain Terma dan Syarat ini atau Kontrak dengan persetujuan kepada mana-mana terma.

17.7 Terma dan Syarat ini dan Kontrak (dan semua tanggungjawab bukan kontrak yang timbuk dari atau berkaitan dengannya) akan diuruskan dan ditafsirkan menurut Undang-Undang Malaysia