Pusat Borong Dibuka SETIAP HARI bermula pukul 10.00 pagi - 10.00 mlm di Cawangan-cawangan di KL --- No. 5G, Jalan Pandan Indah 6/1, Pandan Indah, Kuala Lumpur (017-251 7515 / 03-4280 7515)------ PENANG --- G-12-A, Medan Perniagaan Pauh Jaya, Jalan Besar, Seberang Prai, Penang (017-4741606)
Welcome visitor you can login or create an account.
Shopping Cart
0 item(s) - RM0.00
Your shopping cart is empty!

Privacy Policy

Kami serius terhadap privasi pelanggan kami dan kami hanya mengumpul dan mengguna maklumat peribadi anda seperti yang digariskan di bawah.

Perlindungan data diambil kira sebagai amanah dan privasi anda adalah amat penting bagi kami. Kami dengan ini hanya menggunakan nama anda serta maklumat lain, yang berkaitan dengan anda berdasarkan apa yang termaktub dalam Polisi Privasi ini. Kami hanya akan mengumpul maklumat yang dirasakan perlu bagi kami dan hanya akan mengumpul maklumat jika ianya relevan terhadap urusan kami bersama anda.
Kami hanya akan menyimpan maklumat anda sekiranya sama ada kami perlu atas sebab undang-undang atau ianya relevan dengan tujuan pengumpulan tersebut.
Anda boleh melayari laman web ini tanpa perlu memberikan maklumat peribadi. Ketika lawatan anda di laman web ini, anda kekal tidak bernama dan kami tidak akan mengenalpasti diri anda melainkan anda mempunyai akaun di laman web ini dan log masuk bersama nama pengguna anda berserta kata laluan.
Jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan, kami berbesar hati untuk menerima kesemuanya di alamat kami atau dengan menghantar emel kepada kami di pusatborong.com@gmail.com

 

 

 

Pengumpulan Maklumat Peribadi

PUSATBORONG tidak akan menjual, berkongsi atau meniagakan maklumat peribadi pelanggan yang dikumpul secara online bersama pihak ketiga.

Maklumat peribadi yang dikumpul secara online hanya akan didedahkan kepada kumpulan korporat dan anak syarikat kami (KursusBorongChina, StarStream Logistics) untuk kegunaan dalaman sahaja.

Apabila anda membuat akaun PUSATBORONG, maklumat peribadi yang kami kumpulkan adalah seperti berikut:

Maklumat peribadi yang kami kumpul daripada anda akan digunakan dalam beberapa atau semua cara berikut:

 

Kami mungkin akan memberikan nama dan alamat anda kepada pihak ketiga untuk tujuan penghantaran produk kepada anda (seperti contoh kepada kurier atau pembekal kami).

Apabila anda mendaftar sebagai pengguna di laman web PUSATBORONG, kami juga akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar bahan pemasaran dan/atau promosi kepada anda dari masa ke masa. Jika relevan, kami akan membenarkan anak syarikat kami untuk menghantar bahan pemasaran yang relevan kepada anda. Anda boleh menghentikan langganan bagi maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsian berhenti melanggan dari bahan pemasaran elektonik tersebut.

Pembayaran yang anda buat melalui laman web ini akan diproses oleh agen kami, IPAY88 SDN BHD. Anda mesti hanya menghantar kepada kami atau Agen kami atau maklumak laman web ini di mana ianya adalah tepat dan tidak mengelirukan dan anda perlulah sentiasa peka terhadap perkara ini dan maklumkan kepada kami jika terdapat sebarang perubahan.

Butiran sebenar tempahan anda boleh kami simpan tetapi disebabkan oleh tujuan keselamatan, tidak boleh diambil secara terus oleh kami. Bagaimanapun, anda boleh akses maklumat ini apabila anda log masuk ke dalam akaun anda di laman web ini. Di sini anda boleh melihat butiran tempahan anda yang telah dibuat, yang telah sampai dan juga yang akan dihantar serta menguruskan butiran alamat dan bank anda selain mana-mana buletin yang telah anda langgan. Anda mengakui untuk menganggap data akses peribadi ini sebagai sulit dan tidak akan memberi sebarang maklumat tersebut kepada pihak ketiga yang tidak mempunyai kebenaran. Kami tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana liabiliti bagi penyalahgunaan kata laluan melainkan penyalahgunaan ini adalah salah kami.

 

 

Mengemaskini Maklumat Peribadi Anda

Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengakses akaun anda di laman web PUSATBORONG.

 

 

 

Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

PUSATBORONG memastikan bahawa setiap maklumat yang dikumpul akan disimpan secara selamat dan terlindung. Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan:

 

PUSATBORONG menggunakan teknologi penyulitan 128 - bit SSL (secure sockets late) apabila memproses butiran kewangan anda. Penyulitan 128-bit SSL dijangkakan mengambil masa sekurang-kurangnya satu trillion tahun sebelum ianya rosak, sebagai standard industri.

 

 

Pendedahan Maklumat Peribadi


Kami tidak akan berkongsi maklumat anda bersama mana-mana organisasi selain daripada syarikat yang telibat, anak syarikat dan pihak ketiga yang terlibat secara terus bagi penghantaran produk yang telah anda beli dari laman web PUSATBORONG. Dalam hal keadaan yang terkecuali, PUSATBORONG mungkin perlu mendedahkan maklumat peibadi, sepeti apabila tedapat sebab untuk mempercayai bahawa pendedahan tersebut adalah perlu untuk mengelakkan ancaman terhadap nyawa atau kesihatan, atau untuk tujuan pihak berkuasa. PUSATBORONG komited dalam mematuhi Akta Privasi dan prinsip Privasi Nasional.

 

Kami bagaimanapun boleh menggunakan maklumat hubungan anda untuk menghantar buletin dari kami serta syarikat berkaitan.

 

Jika anda percaya bahawa privasi anda telah dilanggar oleh PUSATBORONG, sila hubungi kami di pusatborong.com@gmail.com dan kami akan menyelesaikan isu tersebut.

 

 

 

Pengumpulan Data Komputer

Apabila anda melayari PUSATBORONG, server syarikat kami secara automatik akan merekod maklumat yang dihantar penyemak imbas anda setiap kali anda mana-mana laman web. Data ini mungkin termasuk:

 

Maklumat ini dikumpul untuk analisis dan penilaian bagi tujuan untuk membantu kami menambah baik laman web kami serta perkhidmatan dan produk yang kami sediakan. Data ini tidak akan digunakan bersama maklumat peribadi yang lain.

 

Selain daripada di atas, PUSATBORONG juga menggunakan aplikasi Google Analytics yang berdasarkan Display Advertising, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: Remarketing, Google Display Network Impression Reporting , DoubleClick Campaign Manager integration , Google Analytics Demographics dan Interest Reporting. Dengan menggunakan Google Ads Settings (https://www.google.com/settings/ads), anda boleh memilih untuk keluar dari Google Analytics untuk aplikasi Display Advertising dan tetapan semula Google Display Network ads.

 

PUSATBORONG juga menggunakan aplikasi Remarketing dan Google Analytics untuk pengiklanan secara online ; pembekal pihak ketiga, termasuk Google, juga untuk pengiklanan PUSATBORONG di laman Internet. PUSATBORONG dan pembekal pihak ketiga, termasuk Google, menggunakan cookies pihak pertama (seperti Google Analytics cookie) dan cookies pihak ketiga (seperti DoubleClick cookie) ia berfungsi untuk memberitahu, mengoptimumkan, dan menyediakan iklan berdasarkan kunjungan pelawat ke laman web PUSATBORONG , serta melaporkan prestasi iklan, kegunaan lain perkhidmatan iklan, dan interaksi berkaitan iklan dan juga perkhidmatan iklan yang berkaitan dengan lawatan ke laman web PUSATBORONG .

 

 

Pindaan terhadap Polisi Privasi

PUSATBORONG berhak untuk mengubah suai dan meminda Penyata Privasi pada bila-bila masa. Sebarang perubahan terhadap polisi ini akan disiarkan di laman web kami.

 

 

 

Aduan berkenaan pelanggaran privasi

Jika anda tidak berpuas hati dengan cara kami mengendalikan pertanyaan atau aduan anda, sila hubungi kami di pusatborong.com@gmail.com